Friday, 11 April 2014 • 01:47 • 0 Sweet hearts persahabatan mengajar kita erti kesabaran
Usah bersedih ! Tempuhi dengan ketabahan .
Allah sedia membantu dengan kita berkat usaha dan doa.
Muka nampak ceria dan tersenyum tapi hati siapa tahu, hanya Allah sahaja yang tahu.
Sekarang aku menyesali perbuatan aku itu. Dengan berbuat demikian, keadaan tetap tidak berubah. Mengapa kita tidak minta pertolongan dari Allah sahaja. Mengapa dan mengapa???. Allah maha mendengar setiap keluh kesah hambanya. Setiap berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Terimalah ketentuan dengan keredaan :') Teringat balik kata2 dari seorang sahabat. Bertahanlah selagi mampu. Tegakkan pendirian kamu itu juga. Jangan mudah berputus asa. Mulut orang memang bergitu. Dimasa akan datang mulut berbisa akan kamu dapat lagi dan dari situ kamu dah belajar erti kesabaran. Hati terasa disakiti Tetapkan diri supaya tenang Mengambil wuduq dan solat sunat, taubat dan solat hajat Doa kepada Allah supaya diberi ketenangan Mengadulah kepada Allah Lebih baik lagi bacalah Al-Quran kerana ayat-ayatnya dapat menyejuk hati ~smile always~ Thursday, 10 April 2014 • 04:57 • 0 Sweet hearts
WahduH, lamenya tak update. Rindu pulak rasenye kat online diary ni.
Rindu rindu rinduu. Hehe
Sekarang ini menahan kelaparan waktu-waktu malam gini. Nak makan, tak
tahu nak makan ape. Nak keluar, rase malas pulak nak pergi keluar. Macam inilah
jawabnyaa. Pastu teringat kat awak pulakk. Tu lepaskan rinduu kat awak tuu .
Kan ‘online diary’ ? Awak rindu kat saya tak, rindu jugak lah tukan. Hahaha
Sekarang niy final exam telah bermulaa. Aku still merangkak-rangkak
cover balik ape yang topic ketinggalan. Banyakk, dah banyak kali jugak aku rase
putus asa. Nasib baik ade DIA. Dia lah yang selalu bagi kata-kata semangat kat
aku. Terima kasihh awak, sayang awak ketat-ketat.
Sem ini banyak sangat rintangan yang aku terima. Salah satunya
budak-budak classmate aku tuh. Macam tak puas hati je. Kalau tak puas, meh laah
satu lawan satuu. *Acecehh, cakap macam bangga jek :3*
Aku sebagai seorang pelajar, tahulah jugak tugasan ape yang perlu aku
laksanakan . Tapi kenape aku jugak dipersalahkan? Ape salah aku laah weyhh?
Korang jangan nak selfish sangat lah. Salahkan orang tapi tak tengok
pada salah diri sendiri tuh. Cermin lah diri tu duluu !!!!
Mentang lah aku ni selalu diam dalam kelas. Ingat senang wenang je nak
buli aku. Sory to say lah !!!
Aku diam bukan aku malas nak ambil tahu, aku diam kerna memang itu
sifat aku. Behave your self k :’)
Aku cakap macam ni bukan ape , sebab aku geram sangat kat diorang itu.
Nak jalan mudah sahaja. Ingat semua boleh dapat. Berbincanglaah dulu weyhh.
Satu sahaje aku mintak BERBINCANG itu pun susah kee !!!
Meh sini aku nak cite sikit story mory pasai diorang ni
Hari cuti biasalah semua orang nak balik rumah. Cube cakap sikit sape
tak mahu balik rumah. Semua nak balik , right? Rinduu kooot kat bantal bucukk
kuu ituu. Hehe :p Tapi aku jarang balik, rumah aku jauhh. Tambang bas pulak
mahal, aku tak nak susahkan ayah mak aku nak hantar ambik aku tu semua. Aku tak
mahuu. Biarlah aku usaha sendiri J
So, kesimpulannya, Aku memang selalu tak balik lah jawabnyaa time cuti *sop sop
sop* T_T Waktu tuhh kelas banyak takde. Biaselah dekat-dekat nak final exam.
Banyak ‘study weak’ lah jawabnya *study sendiri k* Kebetulan waktu hari rabu
tuh ayah aku ade meeting area-area tempat belajar aku sekarang ni. Ape lagi aku
semangat lah nak balik . Jimat sikit duit aku. Takpayahlah nak naik bas tuu
lagi tapi balik ke poly balik sure kena naik jugakk Tapi takpelahh ayah aku nak
ambik aku pun dah kira cupulah tuhh. Hehe. Dua hari sebelum tu, lecture aku ade
bagi assignment secara group. Satu group 4 orang*
Yati : Izaty, ini kertas soalan untuk individu dan satu lagi untuk
kertas soalan group k. Perlu disiapkan Sebelum hari rabu ini k.
Izaty : eh eina, kite group sekali dengan sape niy?
Eina: Kite group kite dua sahaja lah. Aku tengok diorang tu taknak
group sekali dengan kite je.
Izaty : Okelah kalau macam tu
Yati : Izaty , eina. Korang group sekali dengan sape niy?
Eina : Kiteorang dua sahajalahh
Satu kelas terus pandangkat kiteorang .
Eh tu pun pelik ke.
Yati : weyh, Satu group 4 orang lah, mane boleh macam niy. Memang dah
bahagi cukup-cukup.
Eina : Izaty, hang tanyelah kat diorang tu. Diorang group sekali dengan
sape? *Tibe aku rase nak naik anginn je
Izaty :
Korang group sekali dengan sape niy?
Jannah :
entah lah aku pun tak tahuu
Hey hey hey
ni rase nak panas lagi ni. Eina sabar eina sabar. Aku dengar ni pun rasa nak
tonyooh jee muke die tuu.
Korang group
dengan sape?
Izaty :
Takpelah, aku dengan eina group sekali dengan kakak-kakak senior lah
Jannah :
Hmmm *Ewah ewahh ewah, buat muka pulak diey lepas ety cakap mcam tu. Macam nak
kena penyepak je. Geram aku. Sabar sabar!!!
Scha pulak
buat muke blur die tu. Buat muke tak puas hati.
*nape pulak
buat muka macam tu, dah korang nak jugak kn taknak buat group sekali dengan
kiteorang. Tengok muka pun dah tahu laah weyhh.
Izaty :
Alamak eina, akaq tu dah ade group lah
Eina : Ouh
yeke, macam mane ni. Takpelah kite buat due jelah . baru lah sweet muit
Izaty :
Tengkorak hang.
Eina : Alaa
relex arhh. Buat muke selambe jelah. *Yang pasti aku taknak group sekali dengan
diorang tuu *titik*
Baru aku
teringat aku nak balik jugak laah hari rabu tuu. Macam mane ni. Tak boleh ke
hantar minggu depan jee. Keja individu tu aku pun hantar minggu depan je koot.
Huhu
‘Okeh, aku
cube buat oke mane yang tahu. Terime kasih ety sayang hang sangat-sangat. Aku
memang teringin sangat nak balik rumah. Sudah bertahun-tahun kempunan tahu.
Izaty:
Banyak lahh hang. *dah agak , ayat tu jugak yang dia selalu keluar. Haha :p
Rabu
Eina :
Jannah tolong bagi kejap kertas akaun ni kat izaty. Bagi kat izaty tau. Izaty
!!! Kate kat die aku tak sempat nak siapkan sume. Tu pun aku buat separuh aje.
Jawapan diey mesti salah. Suruh ety semak balik lahh. Huhu
Jannah :
OKeh. Hang nak balik dah ke?
Eina : Aah
aku nak balik dah ni. Ayah aku dah ade kat depan dah pun.
Jannah :
Yelah
------>
Krin krin krinn.<----- *Alamak
waktu-waktu macam ni jugak diey col
Anis : Eina
, nape hang tak putus je dengan merza?
What??
Eina :
Kenape pulak hang cakap macam tu? *Tibe-tibe rase naik angina lagiiiii
Sarah :
Eina, merza selalu memaksa hang ke?
Eina : Eh
kenape pulak. Mane ade. Sedangkan aku selalu sahaje gaduh dengan diey. Die
selalu je bersabar dengan aku. Selalu nasihat aku itu ini. *Panas panas*
Terus aku
berprangsaka Jannah ade cite something dekat diorang semua ni. Tahu lah kite ni
satu roommate. Tapi agak-agaklah nak cite privasi orang. Memang nak cari nahas
lahh jawabnya.
Ape yang
kite Nampak, mungkin tak same ape yang dia rasekan. So, jangan buat penilaian
sendiri oke. Merza tu baik sangat orangnya. Dia selalu banyak bersabar dengan
aku. Terima kasih sayang.
Iye memang
aku ni jenis ikut orang. Tapi aku tak kan ikut benda yang tak elok selagi aku
bertahan.
Dan aku
jugak jenis orang yang suka pikirkan perasaan orang. Kalau tak dah lame aku
ambush die tu ‘kaw kaw kaw’ Tapi taknak lah macam tu. Aku bukan orang seperti
itu.
Dengan
bersikap macam tu jugak la hade jugak orang tak puas hati dengan aku. Rase
bersalah sampai sekarang , kenapelah aku tak lepas sahaje waktu ituu. Kenape
dan kenape. Seandainya aku lepas ketika itu, barulah die tahu kesalahan
masing-masing. Sama ada aku atau die. Itu fikir kemudian.
Teringat
balik waktu aku tanye dekat diey
Eina :
Jannah, kalau hang kan nak pi rawang dengan si die. Hang p tak?
Jannah : Aku
akan pergi tempat yang aku tahuu. Kalau aku tak tahu tempat diey . aku tak akan
pergi. Manatahu kot kot lah diey tinggalkan hang. Macam mane, hang dah lah tak
tahu tempat tu. Kenape hang nak keluar dengan diey ke?
Eina : aah.
Aku nak keluar dengan diey
Jannah : tak
yah nak ngade-ngade. Pergi tempat yang hang takpernah pergi
Jannah . aku
dah kenal diey sudah lame. Agak-agak lah diey nak buat macam tu. Lagipun hang
bukan selalu ade, selalu sahaja balik. Aku tak de kawan. Aku nak cakap dengan
sape. Dengan dinding.
Tapi aku
pergi jugak tanpa pengetahuan si budak jannah tu. Aku cakap dekat diey aku
keluar p tanjung sahaja. Memang tu salah aku tak bagitahu diey dan diey pun
sekarang dah tahu kot aku p kuar dekat situ. Nak buat macam mane nasi sudah
menjadi bubur* dalam hati aku waktu itu, memang teringin sangat nak pergi dekat
situ. InsyaAllah aku pandai jage diri . Lagipun ade die, takkan die nak
tinggalkan aku koot. Siap die, cincang-cincang buat sambal belacan kang. Hehe.
Aku tahu itu
salah aku tak bagitahu hang semua itu. Tapi sape suruh cakap macam tu. Memang
aku tak kan kasi tahulah. Aku takuut hang risau kan aku. Tapi it’s okeh . I’m
oke sahaja dear :’)
Balik sahaja
dari rumah. Memang aku lepaskan rindu puas-puaslah. Dah lame tak balikk.
Sebelum nak balik tu, aku kena tahan. Sepatutnya minggu ni memang tak
dibenarkan balik rupanya. Aku ingat boleh balik sebab Nampak ade yang bwak beg
semua tu. Terus aku ambil nombor telifon ketua warden dan tekan butang hijau
Eina :
Assalamualaikum ustaz, boleh tak saya nak balik hari ini?
Ustaz : Kamu
tahu tak minggu ni memang tak dibenarkan balik.
Eina : Saya
tak tahu pun. Tapi ayah saya sudah datang ni.
Ustaz : Ayah
kamu dari mane ni?
Eina : dari
Teluk Intan ade metting. Pastu terus ke sini
Ustaz :
Rumah kamu dimana?
Eina : Grik
Ustaz :
Minggu ni memang tak dibenarkan balik
Eina : Tapi
ayah saya sudah datang
Ustaz : Kamu
nak balik, balik je lahhh *tutttt*
Nakk
balikkkkkkkkkkkkkkkkkk
Ayah : Macam
mane eina boleh tak?
Eina :
Warden tak kasi balik ayah
Ayah :
Takpelah ayah balik dulu lah kalau macam tu
Eina : emm
Ayah
hulurkan tangan . Aku pun salam
Terus ayah
bergerak ke kereta nak pergi meninggalkan aku. Air mata aku laju sahaja keluar.
Sampai hati ayah tinggalkan aku. Tak Nampak ke anak mu ni dah semangat nak
balik. Seronok sangat waktu Nampak muka ayah tadi. Ayah , eina nak balik.
JAngan tinggalkan eina ayahhh. Rindu dekat ibuuu. Teringin nak makan masakan
ibu. Sudah lame tak makan air tangan ibu. Rase teringin sangat. Kalau ayah nak
tahu, setiap kali ina ambil lauk yang sama ape yang ibu masakaan. Eina selalu
teringatkan ibu. Pastu bandingkan, masakan ibu jauh lagi sedap dari yang lain.
Yang paling eina suke sekali asam pedas ibu. Seddap sangat ibu. Kalau ayah nak
tahu. Eina sanggup tangguhkan test eina ke isnin depan sebab nak balik
sangat-sangat. Eina rindu kat bantal busuk eina. Rindu kat ibu, adik. Rindu
segala-galanya ayah. Ayah dengar tak ni. Ayahhh jangan tinggalkan eina. Tapi
itu semua hanya luahan dari hati sahaja dengan air mate tetap berjujuran. Aku
tak sanggup tengok kereta ayah bergerak pergi lalu aku tendukk
Ayah sudah
pergi tinggalkan eina. Tak dapat nak lepaskan rindu kat ibu. Ibu mesti seronok
sangat eina balik.
*pin pin
pin* tiba tiba terdengar bunyi hon kereta.
Ehh, ayah
tak balik lagi rupanya. Ayah melambai memanggilku.
Ayah : ayah
tak suka betul tengok anak ayah ni nangis. Dah dah lap air mata tuu. Malu kat
orang
Eina :
biorlahh.
Ayah : Jap ,
ayah col lagi warden. Harp sangat die angkat
Assalamualaikum.
Saya anak kepada Amanina. Budak sem due. Anak saya nak balik hari boleh tak
ustaz?
-> entah
diey tak tahu pulak minggu niy tak balik, tu alang-alang lalu kat sini. Terus
nak ambil diey tuu.
-> Okeh
kat mane? Jabatan c
-> terima
kasih ye ustaz
Okeh dah
jom. Kat mane jabatan c tu eina. Alololo dah dah la tuuh. Buruk dah muke tuuh.
Yelah ayah
ku sayang. Alhamdulilah. Muka ceria menjelma kembali. Yeahhh
Dengan penuh
semangatnya. Aku tunjuk tunjuk hala tuju ke ustaz.
Ayah : Dah
puas hati
Eina :
mestilah *sambil tengok tandatangan uztaz pada kad balik kampong itu* muahhaha
sayang ayah.
Alhamdulilah, akhirnya dapat jugak aku bali.
Kalau tak, kereta ayah dah lame dah tinggalkan aku. Nasib baik air mata aku ni
tolong menyelamatkan aku. Kaulah hero wahai air mata. Ahh tuhhh. Hahaha
Monday, 11 November 2013 • 01:48 • 0 Sweet hearts Ini adalah post yang keempat, dari saya sendiri Amanina. Ini adalha sambungan utuk jejaka yang menulis CINTA KERANA ALLAH. Ye betoiii tu. setiap perhubungan pasti ade shaje halangan. Pernah sy ckp kat diey "awakk, tengook tu, diey jeloos ngn kite lha tu. nak chat, mcj sume tak bole" itu sume poyoooo. hahaha. awakkkk cukkkk......tgook niy sy edit. cntik kn. Sebenornye byk g sy nak edit tp sy tak thu nak edit kat mane :'( huhuhu Entah mengapa hati ini meragui niat iklas kite berdue. tapi saya cube kuatkan utk menempuhi pelbagai dugaan. Kata hati kate laen, niat kate laen. Insya Allah niat ikhlas kite akan diterime Allah. aminn* Setiap kali awak ajak sy solat mesti awk pesan "awakk, Doa pasal kite tau" insya Allah awkk, sy selalu doa pasai kite. tapi sekuat mane cinta kite. Klau ader jodohh tak kemana jgak awkk. Sejauh mane kite pergi, klau ade jodoh ditemukan jgakk awakkk. :') awakkkk....... Saya hargai sangat2 niat ikhlas awk tu. awak niat utk menjdikn sy yg halal suatu hari nti kn aawk. tp kite kena fikir jgak mse depan kite. Jangan fikirkna tu lagi oke, fikirkna mase depan dlu. Bhagiakn emak , ayah yg byk brkorban utk kite..
perkenalan kite memang tragidis . Bole simpan buat koleksi kn awkkk . hehe First time ak jumpe diey plak kat depan surau voke . Entah mengapa dari situ ak ase macam laen . Dia pandang ak, aku pndang diey. MEMAnG PELIKK !!! arggg tak sangka plak kite satooo poly yang same plak. Mule2 ak bt xtau je nak msok situ . Yea lha. Die byk kli tye ak. Ak buat xlayan. Ak kate maleh ar nak belajar lgi. Padahal sume da diuruskn.. ahakhakhakk. :P (jhat tol ak) Paastu sy msook situ tak percaye ye awkkk ITULAH SAYAAA. :D comelllkn --> nak perasan jap , buat tngan ats bhu , muke ke ats <--
Mcm suke je, mcm marah je. hehe. tu lha sy pown tak sangka msuk situ. Apa apepown sy amat BERTERIME KASIH PADA AYAH dan MAk sy yg bersusah pyah nak msok sy kat poly niyyy. hmm Memey betool byk dugaan yg sy dapat. Yg pling pahit sekli. waktu nak bayar yuran kat bank islam dekat baling. dah sampai terpakse patah balik ats kecuaian aku sendiri. Kad ic tak bawak. ak dah cek memey ade, tp tu rupenye kad ic lame (ade tebuk lubang plk tu) hmm Memang rase kesal sangat . Napelha tak cekk betol2. MASE TAK BOLEH BERULANG KEMBALI . waktu itu memg rase sedihh giler. mak ajak makan kedai makan. sy tak lalu. terpakse patah bilik BALING ---> GRIK (1 jam setengah ) lme jgk tu. pastu begi blik . perjalan 2jam lbih mcm tu lha... Alhamdulilah semua dah selesai dalam kol 5 mcm tu. bank islam entah lha tutup kul berape ari tu. Syukur alhamdulilah lha msih sempat...
tik tok tik tokkk Maaf terluah kat sini plak....
Aku adalah manusia biase yang sering melakukan kesalahan. Mohon dimaafkn. :'(
Ouhkeh, kisah ak dgn die tak berakhir disini sahaje. Byk lagi yg menarik tentg die. dannn disebabkan itu lha AKU SEMAKIN TERTARIK DENGANNYA ;-) dan awkk yang tengah membace nie hasil ayat merapu niy. Sy nak ckp kat awkk Terime ksih tau awk sbb pilih sy. Kadang kla sy ase tak sesuai tok awkk. iYelah awkk baekk sgtt . sy plak sellu bt awak tertunggu2. mesti awk slalu terkilan dan sedih disebabkan sy kn awkk. Sy mntk maaf sgt2 awkk. Klau bole sy ign yg terbaek lagi utk awkk. insya ALLAh.
awakkk doakn sy k. Semoga sy menjadi seorang muslimah
pertama mencintai Allah s.wt
kedua mencintai Rasullullah
ketiga mencintaaiii ibu bapa
keempat mencintaii awawkkk sendirii (sy pernah ckap kn ) :P
yg kelima barulah sy mencintai adik beradik sy
Entah lha sy letak awk yg keempatt tuu. insya Allah smpai bile2.
DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT SELAMA-LAMANYA.
awaakk. TIME KASIH tau ats segala2nye. Kaulah shabat, kaulah kawan, kaulah teman, kau lha putera dihatiku dan kaulah imam btku suatu hari nti. INsya Allah aminn*
sy pernah ckp kat awk. ape yang kite buat ini MEMAnG SALAH. tp mmg betoii ckp awk sy tak boleeh utk elakkn semue itu. Semakn sy cube jauhkn diri dr awk. semakin sy ase nak dekat ngn awkk. kn awkk cukkk. insya Allah kite cube k awkk.
sy nak belajar semkin mendlm g psai agame islam niy. Diminta tunjuk ajar ouhkeHHH.
awakkkk cukkkkkk . tido lena ye petang niy. ish3 :P
kawan, TEME KSIH SUDI MEMBACE POST SY KLI INI. tata
wassalam dari amanina
Monday, 4 November 2013 • 05:46 • 0 Sweet hearts Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam. KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam. PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM 1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 13. Hari pertama Allah menciptakan alam. 14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 15. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 16. Allah menjadikan 'Arasy. 17. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 18. Allah menjadikan alam. 19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 20. Nabi Isa diangkat ke langit. KATA-KATA DARI USTAZ MERZA . HOHO Bukanlah Muharram ni bulan Nabi berhijrah. Bukan juga Nabi yang tetapkan bahawa 1 Muharram tu tahun baru Islam. Umar Al-Khattab RA yang tetapkan. Permulaan nak kira 1H tu bila, itu yang diambil tahun Nabi SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah. Jadi tiadalah ibadah-ibadah khusus yang datang daripada Rasulullah SAW berkait tahun baru hijrah. Sebab masa tetapkan Muharram sebagai permulaan tahun baru, Rasulullah SAW dah wafat. Namun di kesempatan permulaan tahun yang baru ini, tidak rugi jika kita ambil masa barang sejenak, duduk dan bermuhasabah akan tahun yang lalu, kemudian merancang pula untuk tahun yang mendatang. Allah panjangkan lagi umur kita, maka apakah kita raikan dengan menambah lagi salah dan silap kita? Atau kita akan pilih untuk bersyukur dengan cara menambah amal kebaikan dan melakukan peningkatan terhadap kualiti kehidupan kita. Salam Maal Hijrah 1435H ^^ :) Jangan lupa juga puasa sunat hari asyura pada 10 muharram ini iaitu pada hari khamis 14.10.2013. Antara kelebihannya jika kita berpuasa pada 10 Muharram : Thursday, 31 October 2013 • 09:30 • 0 Sweet hearts Setiap perhubungan ada sahaja dugaan yang kita akan tempuhi . Tambah2 lagi apabila bercinta . Semua manusia Allah ciptakan perasaan suka kepada berlainan jantina . Bermulalah kisah ku dengan si dia . Berkenalan hampir setahun , mulalah rasa suka kepada dia . Allah titipkan perasaan ini untuk wanita yang bernama Amanina . Saya sangat beryukur kerana Allah telah mengirimkan seorang yang baik untuk saya . Dia adalah seorang yang penyanyang dan pandai menjaga hati saya . Tetapi kadang kala dia suke membuatkan hati saya ini sakit . Takpelah ,saya faham sebab biasalah adat ketika bercinta . Orang yang bercinta takkan terlepas dari dugaan semua tu . Tarikh 19 Julai 2013 merupakan tarikh penting antara saya dengan si dia . Terima kasih awak sebab sudi terima saya . Saya tahu saya nie takda la handsome mana pun dan saya tahu jugak saya ni banyak kekurangan . Mula-mula memang payah betul la nak ngorat si budak ucukkk yang bernama Amanina tu . Akhirnyaa , dpat jugak saya tawan hati dia . Kini hubungan saya dengan si dia hampir 3 bulan lebih . Saya harap sangat2 Allah akan menjaga perasaan ini baik-baik dan kekalkan perasaan ini . InsyaAllah ., Kita hanya merancang , tapi ALLAH yang menentukannya . Kepada Amanina yang sedang membaca apa yang saya katakan ini , saya harap sangat2 kita akan dijodohkan dan menjadi suatu yang halal suatu hari nanti . sebab saya dah niat nak bawak hubungan kita ini sampai ke alam pernikahan suatu hari nanti. insyaAllah , Kepada awak , sebenarnya kawin muda ini bagus sebab rezeki akan datang dengan luas selepas berkahwin . Yang penting kita sentiase berdoa yee . Allah kan maha mendengar . Kadang2 ade jugak kita gaduh kan . tu sume poyooo jee. hahaha . dah sorg mrajuk , past sorg lg pun mrajuk . last2 takde sape yang nak pujuk . pastu mula la dua2 cakap macam2 . kan awak cukkk :P . hehe . Kita kena la saling menasihati lepastu yang paling penting saya bimbing awak , awak bimbing saya . Jujur saya ckap , susah untuk saye elakkan dari mesej setiap hati . Kadang2 rasa tak boleh nak elakkan dan tak boleh nak jauh dengan awak . Takpelah awak , kita teruskan jela yee :) Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan . haha . ini hanya luahan daripada saya . Saya mintak maaf andai selama ini saya pernah lukakan hati awak , buat awak sakit hati , buat awak nangis dan macam2 lg laa . saya harap awak dapat maafkan saya . Mesti awak terharu ape yang saye dok tulis yang panjang2 kat atas tu . hehe . Salam sayang dari pakwe mu Ustaz Merza^^ . Sayang awak sangat2 . Uhibhbuki Fillah abadan abada :) . 143 I love youuu Amanina . Saranghae . Wo ai niyy (^_^) . "Ketika Allah menguji , sebenarnya DIA sedang memerhati , adakah kita tabah mengahdapi atau mula berpatah hati ? Allah datangkan ujian kerana DIA sayang , jika DIA tidak sayang pasti dibiarkanNYA kita terus tergelincir . Allah beri ujian kerana tidak mahu kita jauh . Jauh dari RahmatNya . Usah berputus asa . Allah setiap masa ada bersama :) " ~AM~ Wednesday, 30 October 2013 • 23:57 • 0 Sweet hearts assalamualaikum. ini adalah blog antara aku dan die. kiteorg bt blog ini utk kongsi ape je yg kiteorg fikirkn. ikoot suke lha ape2 pown. yang jelas. korang , korang dan korang dok DIAMM2 okeng !! heehe. Alamak, saya betoi2 tak tahu nak buh name ape niey tok blog kite. tpi... memikirkan awak suka hijau , saya suka biru. sy gabungkan jelha Hijau + biru = jdilha BIRU KEHIJAUAN . hee wah, cantik sungguh warne itu kan. semakin hari semakin saye tertarikk. :D ini dia personality bagi BIRU KEHIJAUAN AKU DAN DIE --> menandakan kehidupan yang dinamis, pribadi yang sangat berenergi, kemampuan memproyeksikan, mempengaruhi orang lain, orang yang mempunyai aura berwarna biru kehijauan yang kuat dapat melakukan berbagai hal secara simultan dan seorang organisator yang baik, mereka akan segera merasa bosan kalau dipaksa berkonsentrasi pada satu hal saja. Orang menyenangi pimpinan yang mempunyai aura biru kehijauan, karena pimpinan yang seperti ini menjelaskan dahulu maksud tindakannya dan terlibat langsung dalam kelompoknya, bukan hanya memerintah saja. Pikiran biru kehijauan adalah pikiran mengenai mengorganisir dan mempengaruhi orang lain. :3 awak HIJAU : --> santai, mengubah energi, berkemampuan menyembuhkan secara alami, semua penyembuh alami seharusnya mempunyai aura seperti ini. Orang dengan warna hijau yang menonjol adalah penyembuh alami, semakin kuat aura hijaunya, semakin baik kekuatan penyembuhannya, mereka juga senang bertaman dan biasanya mempunyai tangan yang “panas”, ditangannya segala sesuatu jadi tumbuh, selalu berada pada saat sekarang. Seseorang dengan aura warna hijau yang menonjol selalu dalam kedamaian dan tenang, pikiran berwarna hijau menandakan keadaan yang tenang dan menyembuhkan. sebijiklha mcm awk :p hoho saya BIRU : --> penampilan yang seimbang, mendukung kehidupan, sistem syaraf yang tenang, memancarkan kekuatan dan energi, orang dengan aura yang mempunyai warna biru yang menonjol selalu tenang, seimbang dan merasa siap bertahan hidup di gua, mereka dilahirkan dengan semangat hidup yang tinggi, pikiran warna biru adalah pikiran mengenai menenangkan sistem syaraf untuk mencapai keseimbangan daya pikir atau pikiran mengenai bertahan hidup. aduiy, napelah sye mesti dibabitkan dgn 'gua'. kadang2 personaliti ini semua ade kaitannye dgn diri kite sendiri. sy igin simpulkn disini dgn brkataan 'bertahan hidup' walaupun bermacam2 dugaan dan cabaran dalam hidup. insya Allah kite akan dpt tempuhi dgn pernuh kesabaran. kadang2 sye pown ade sifat PUTUS ASA tapi apabila mengigati Allah dan mendapat sokongan dr org tersayang sy dpt bangkit semula. time ksih awoop. Sy sgt bersyukur ya Allah. Terime kasih Ya Allah^^ dan apabila kite ade masalah atau dilanda kesusahan. lebih baek kite BANDINGKAN DGN ORG YG LEBIH SUSAH lagi dari kite. dari situ kite akan dapat jawapannya. insya Allah* post by capital A
|
|