Thursday, 10 April 2014 • 04:57 • 0 Sweet hearts
WahduH, lamenya tak update. Rindu pulak rasenye kat online diary ni.
Rindu rindu rinduu. Hehe
Sekarang ini menahan kelaparan waktu-waktu malam gini. Nak makan, tak
tahu nak makan ape. Nak keluar, rase malas pulak nak pergi keluar. Macam inilah
jawabnyaa. Pastu teringat kat awak pulakk. Tu lepaskan rinduu kat awak tuu .
Kan ‘online diary’ ? Awak rindu kat saya tak, rindu jugak lah tukan. Hahaha
Sekarang niy final exam telah bermulaa. Aku still merangkak-rangkak
cover balik ape yang topic ketinggalan. Banyakk, dah banyak kali jugak aku rase
putus asa. Nasib baik ade DIA. Dia lah yang selalu bagi kata-kata semangat kat
aku. Terima kasihh awak, sayang awak ketat-ketat.
Sem ini banyak sangat rintangan yang aku terima. Salah satunya
budak-budak classmate aku tuh. Macam tak puas hati je. Kalau tak puas, meh laah
satu lawan satuu. *Acecehh, cakap macam bangga jek :3*
Aku sebagai seorang pelajar, tahulah jugak tugasan ape yang perlu aku
laksanakan . Tapi kenape aku jugak dipersalahkan? Ape salah aku laah weyhh?
Korang jangan nak selfish sangat lah. Salahkan orang tapi tak tengok
pada salah diri sendiri tuh. Cermin lah diri tu duluu !!!!
Mentang lah aku ni selalu diam dalam kelas. Ingat senang wenang je nak
buli aku. Sory to say lah !!!
Aku diam bukan aku malas nak ambil tahu, aku diam kerna memang itu
sifat aku. Behave your self k :’)
Aku cakap macam ni bukan ape , sebab aku geram sangat kat diorang itu.
Nak jalan mudah sahaja. Ingat semua boleh dapat. Berbincanglaah dulu weyhh.
Satu sahaje aku mintak BERBINCANG itu pun susah kee !!!
Meh sini aku nak cite sikit story mory pasai diorang ni
Hari cuti biasalah semua orang nak balik rumah. Cube cakap sikit sape
tak mahu balik rumah. Semua nak balik , right? Rinduu kooot kat bantal bucukk
kuu ituu. Hehe :p Tapi aku jarang balik, rumah aku jauhh. Tambang bas pulak
mahal, aku tak nak susahkan ayah mak aku nak hantar ambik aku tu semua. Aku tak
mahuu. Biarlah aku usaha sendiri J
So, kesimpulannya, Aku memang selalu tak balik lah jawabnyaa time cuti *sop sop
sop* T_T Waktu tuhh kelas banyak takde. Biaselah dekat-dekat nak final exam.
Banyak ‘study weak’ lah jawabnya *study sendiri k* Kebetulan waktu hari rabu
tuh ayah aku ade meeting area-area tempat belajar aku sekarang ni. Ape lagi aku
semangat lah nak balik . Jimat sikit duit aku. Takpayahlah nak naik bas tuu
lagi tapi balik ke poly balik sure kena naik jugakk Tapi takpelahh ayah aku nak
ambik aku pun dah kira cupulah tuhh. Hehe. Dua hari sebelum tu, lecture aku ade
bagi assignment secara group. Satu group 4 orang*
Yati : Izaty, ini kertas soalan untuk individu dan satu lagi untuk
kertas soalan group k. Perlu disiapkan Sebelum hari rabu ini k.
Izaty : eh eina, kite group sekali dengan sape niy?
Eina: Kite group kite dua sahaja lah. Aku tengok diorang tu taknak
group sekali dengan kite je.
Izaty : Okelah kalau macam tu
Yati : Izaty , eina. Korang group sekali dengan sape niy?
Eina : Kiteorang dua sahajalahh
Satu kelas terus pandangkat kiteorang .
Eh tu pun pelik ke.
Yati : weyh, Satu group 4 orang lah, mane boleh macam niy. Memang dah
bahagi cukup-cukup.
Eina : Izaty, hang tanyelah kat diorang tu. Diorang group sekali dengan
sape? *Tibe aku rase nak naik anginn je
Izaty :
Korang group sekali dengan sape niy?
Jannah :
entah lah aku pun tak tahuu
Hey hey hey
ni rase nak panas lagi ni. Eina sabar eina sabar. Aku dengar ni pun rasa nak
tonyooh jee muke die tuu.
Korang group
dengan sape?
Izaty :
Takpelah, aku dengan eina group sekali dengan kakak-kakak senior lah
Jannah :
Hmmm *Ewah ewahh ewah, buat muka pulak diey lepas ety cakap mcam tu. Macam nak
kena penyepak je. Geram aku. Sabar sabar!!!
Scha pulak
buat muke blur die tu. Buat muke tak puas hati.
*nape pulak
buat muka macam tu, dah korang nak jugak kn taknak buat group sekali dengan
kiteorang. Tengok muka pun dah tahu laah weyhh.
Izaty :
Alamak eina, akaq tu dah ade group lah
Eina : Ouh
yeke, macam mane ni. Takpelah kite buat due jelah . baru lah sweet muit
Izaty :
Tengkorak hang.
Eina : Alaa
relex arhh. Buat muke selambe jelah. *Yang pasti aku taknak group sekali dengan
diorang tuu *titik*
Baru aku
teringat aku nak balik jugak laah hari rabu tuu. Macam mane ni. Tak boleh ke
hantar minggu depan jee. Keja individu tu aku pun hantar minggu depan je koot.
Huhu
‘Okeh, aku
cube buat oke mane yang tahu. Terime kasih ety sayang hang sangat-sangat. Aku
memang teringin sangat nak balik rumah. Sudah bertahun-tahun kempunan tahu.
Izaty:
Banyak lahh hang. *dah agak , ayat tu jugak yang dia selalu keluar. Haha :p
Rabu
Eina :
Jannah tolong bagi kejap kertas akaun ni kat izaty. Bagi kat izaty tau. Izaty
!!! Kate kat die aku tak sempat nak siapkan sume. Tu pun aku buat separuh aje.
Jawapan diey mesti salah. Suruh ety semak balik lahh. Huhu
Jannah :
OKeh. Hang nak balik dah ke?
Eina : Aah
aku nak balik dah ni. Ayah aku dah ade kat depan dah pun.
Jannah :
Yelah
------>
Krin krin krinn.<----- *Alamak
waktu-waktu macam ni jugak diey col
Anis : Eina
, nape hang tak putus je dengan merza?
What??
Eina :
Kenape pulak hang cakap macam tu? *Tibe-tibe rase naik angina lagiiiii
Sarah :
Eina, merza selalu memaksa hang ke?
Eina : Eh
kenape pulak. Mane ade. Sedangkan aku selalu sahaje gaduh dengan diey. Die
selalu je bersabar dengan aku. Selalu nasihat aku itu ini. *Panas panas*
Terus aku
berprangsaka Jannah ade cite something dekat diorang semua ni. Tahu lah kite ni
satu roommate. Tapi agak-agaklah nak cite privasi orang. Memang nak cari nahas
lahh jawabnya.
Ape yang
kite Nampak, mungkin tak same ape yang dia rasekan. So, jangan buat penilaian
sendiri oke. Merza tu baik sangat orangnya. Dia selalu banyak bersabar dengan
aku. Terima kasih sayang.
Iye memang
aku ni jenis ikut orang. Tapi aku tak kan ikut benda yang tak elok selagi aku
bertahan.
Dan aku
jugak jenis orang yang suka pikirkan perasaan orang. Kalau tak dah lame aku
ambush die tu ‘kaw kaw kaw’ Tapi taknak lah macam tu. Aku bukan orang seperti
itu.
Dengan
bersikap macam tu jugak la hade jugak orang tak puas hati dengan aku. Rase
bersalah sampai sekarang , kenapelah aku tak lepas sahaje waktu ituu. Kenape
dan kenape. Seandainya aku lepas ketika itu, barulah die tahu kesalahan
masing-masing. Sama ada aku atau die. Itu fikir kemudian.
Teringat
balik waktu aku tanye dekat diey
Eina :
Jannah, kalau hang kan nak pi rawang dengan si die. Hang p tak?
Jannah : Aku
akan pergi tempat yang aku tahuu. Kalau aku tak tahu tempat diey . aku tak akan
pergi. Manatahu kot kot lah diey tinggalkan hang. Macam mane, hang dah lah tak
tahu tempat tu. Kenape hang nak keluar dengan diey ke?
Eina : aah.
Aku nak keluar dengan diey
Jannah : tak
yah nak ngade-ngade. Pergi tempat yang hang takpernah pergi
Jannah . aku
dah kenal diey sudah lame. Agak-agak lah diey nak buat macam tu. Lagipun hang
bukan selalu ade, selalu sahaja balik. Aku tak de kawan. Aku nak cakap dengan
sape. Dengan dinding.
Tapi aku
pergi jugak tanpa pengetahuan si budak jannah tu. Aku cakap dekat diey aku
keluar p tanjung sahaja. Memang tu salah aku tak bagitahu diey dan diey pun
sekarang dah tahu kot aku p kuar dekat situ. Nak buat macam mane nasi sudah
menjadi bubur* dalam hati aku waktu itu, memang teringin sangat nak pergi dekat
situ. InsyaAllah aku pandai jage diri . Lagipun ade die, takkan die nak
tinggalkan aku koot. Siap die, cincang-cincang buat sambal belacan kang. Hehe.
Aku tahu itu
salah aku tak bagitahu hang semua itu. Tapi sape suruh cakap macam tu. Memang
aku tak kan kasi tahulah. Aku takuut hang risau kan aku. Tapi it’s okeh . I’m
oke sahaja dear :’)
Balik sahaja
dari rumah. Memang aku lepaskan rindu puas-puaslah. Dah lame tak balikk.
Sebelum nak balik tu, aku kena tahan. Sepatutnya minggu ni memang tak
dibenarkan balik rupanya. Aku ingat boleh balik sebab Nampak ade yang bwak beg
semua tu. Terus aku ambil nombor telifon ketua warden dan tekan butang hijau
Eina :
Assalamualaikum ustaz, boleh tak saya nak balik hari ini?
Ustaz : Kamu
tahu tak minggu ni memang tak dibenarkan balik.
Eina : Saya
tak tahu pun. Tapi ayah saya sudah datang ni.
Ustaz : Ayah
kamu dari mane ni?
Eina : dari
Teluk Intan ade metting. Pastu terus ke sini
Ustaz :
Rumah kamu dimana?
Eina : Grik
Ustaz :
Minggu ni memang tak dibenarkan balik
Eina : Tapi
ayah saya sudah datang
Ustaz : Kamu
nak balik, balik je lahhh *tutttt*
Nakk
balikkkkkkkkkkkkkkkkkk
Ayah : Macam
mane eina boleh tak?
Eina :
Warden tak kasi balik ayah
Ayah :
Takpelah ayah balik dulu lah kalau macam tu
Eina : emm
Ayah
hulurkan tangan . Aku pun salam
Terus ayah
bergerak ke kereta nak pergi meninggalkan aku. Air mata aku laju sahaja keluar.
Sampai hati ayah tinggalkan aku. Tak Nampak ke anak mu ni dah semangat nak
balik. Seronok sangat waktu Nampak muka ayah tadi. Ayah , eina nak balik.
JAngan tinggalkan eina ayahhh. Rindu dekat ibuuu. Teringin nak makan masakan
ibu. Sudah lame tak makan air tangan ibu. Rase teringin sangat. Kalau ayah nak
tahu, setiap kali ina ambil lauk yang sama ape yang ibu masakaan. Eina selalu
teringatkan ibu. Pastu bandingkan, masakan ibu jauh lagi sedap dari yang lain.
Yang paling eina suke sekali asam pedas ibu. Seddap sangat ibu. Kalau ayah nak
tahu. Eina sanggup tangguhkan test eina ke isnin depan sebab nak balik
sangat-sangat. Eina rindu kat bantal busuk eina. Rindu kat ibu, adik. Rindu
segala-galanya ayah. Ayah dengar tak ni. Ayahhh jangan tinggalkan eina. Tapi
itu semua hanya luahan dari hati sahaja dengan air mate tetap berjujuran. Aku
tak sanggup tengok kereta ayah bergerak pergi lalu aku tendukk
Ayah sudah
pergi tinggalkan eina. Tak dapat nak lepaskan rindu kat ibu. Ibu mesti seronok
sangat eina balik.
*pin pin
pin* tiba tiba terdengar bunyi hon kereta.
Ehh, ayah
tak balik lagi rupanya. Ayah melambai memanggilku.
Ayah : ayah
tak suka betul tengok anak ayah ni nangis. Dah dah lap air mata tuu. Malu kat
orang
Eina :
biorlahh.
Ayah : Jap ,
ayah col lagi warden. Harp sangat die angkat
Assalamualaikum.
Saya anak kepada Amanina. Budak sem due. Anak saya nak balik hari boleh tak
ustaz?
-> entah
diey tak tahu pulak minggu niy tak balik, tu alang-alang lalu kat sini. Terus
nak ambil diey tuu.
-> Okeh
kat mane? Jabatan c
-> terima
kasih ye ustaz
Okeh dah
jom. Kat mane jabatan c tu eina. Alololo dah dah la tuuh. Buruk dah muke tuuh.
Yelah ayah
ku sayang. Alhamdulilah. Muka ceria menjelma kembali. Yeahhh
Dengan penuh
semangatnya. Aku tunjuk tunjuk hala tuju ke ustaz.
Ayah : Dah
puas hati
Eina :
mestilah *sambil tengok tandatangan uztaz pada kad balik kampong itu* muahhaha
sayang ayah.
Alhamdulilah, akhirnya dapat jugak aku bali.
Kalau tak, kereta ayah dah lame dah tinggalkan aku. Nasib baik air mata aku ni
tolong menyelamatkan aku. Kaulah hero wahai air mata. Ahh tuhhh. Hahaha
|
|